Events Calendar
To Saturday, October 31, 2020 - 05:00pm
Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Permohonan boleh dibuat di https://gkp.hasil.gov.my/ bermula 1 - 31 Oktober 2020.