PSKT

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2005 oleh YAB. Menteri Besar Terengganu dan merupakan salah sebuah agensi kerajaan negeri yang diletakkan di bawah Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu.

 

PSKT kini menjalankan operasinya di Kampung Laut, Kuala Terengganu sejak 4 April 2016. Sebelum ini, PSKT beroperasi di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu.

 

LOKASI PSKT

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT),

Kampung Laut,

Cendering, Kuala Terengganu, Malaysia

 

KAUNTER UTAMA PSKT

  • Sebarang urusan pembelian tiket boleh dibuat di kaunter utama PSKT.
  • Sebarang pertanyaan atau urusan khidmat pelanggan, anda boleh merujuk kepada Pegawai Khidmat Pelanggan PSKT kami.

 

MASA LAWATAN

  • Cadangan masa lawatan bagi pengunjung adalah lebih kurang 3 jam. Masa lawatan bergantung pada aktiviti dan jumlah pengunjung dalam satu-satu masa.
  • Bagi rombongan sekolah, pihak sekolah boleh membuat tempahan awal sebelum lawatan ke PSKT.
  • Pihak sekolah perlu mengambil maklum berkenaan masa lawatan yang akan ditempah dan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak PSKT -di sini-

 

BAYARAN TIKET

  • Bayaran tiket kemasukan ke galeri PSKT tertakluk kepada terma & syarat. Pihak PSKT tidak bertanggungjawab sekiranya pengunjung tidak mengambil maklum berkenaan sebarang perubahan harga (sekiranya perlu). Pengunjung boleh merujuk kepada laman web kami untuk sebarang perubahan terkini.
  • Pengunjung boleh merujuk bayaran tiket kemasukan Galeri PSKT di sini :
 
 
ANTARA PROGRAM YANG DIADAKAN

 

 

2

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Taman Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini mula dibina pada tahun 2006 dan siap dua tahun berikutnya dan dibuka secara rasminya  pada 8 Februari 2008. Ianya dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Selain menjadi tempat persinggahan pelancong yang beragama Islam untuk beribadat ianya juga menjadi daya penarik pelbagai pihak kerana struktur binaannya unik.

IMG 1271

Pada setiap hujung minggu atau musim cuti persekolahan, Masjid Kristal telah menjadi satu destinasi wajib untuk dikunjungi. Waulaupun terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam, untuk memasuki masjid ini adalah percuma berbanding jika pelancong ingin masuk ke kawasan taman tema yang dikenakan bayaran.

IMG 1255

Suasana Petang di sekitar masjid ini lebih cantik jika anda seorang yang berminat dengan fotografi. Pelbagai sudut dan panaroma boleh dirakamoleh anda. Jangan lepaskan peluang menikmati suasana matahari terbenam di sini dan suasana malamnya apabila lampu-lampu dipasang yang bertukar-tukar warnanya. Pasti anda kan teruja melihat kecantikannya.

1

 

(Sumber: http://www.visit-terengganu.net/masjid-kristal/)

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia. Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan. Ini termasuk termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih dari 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok,800 spesis orkid dan 300 spesis kulat. Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal. Ia turut menjadi syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti ikan Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, pemanduan 4WD dan golf. Pelbagai jenis penginapan tersedia dari resort 3 bintang, chalet di atas pulau, resort terapung atau bot rumah di mana bilik dan makanan disediakan. Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi. Tasik Kenyir turut menjadi laluan masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong.

Panduan Perjalanan

  • Menaiki kereta - Ada beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur, pandu ke Ajil melalui Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Jerengau-Jabor kemudian terus ke Kenyir. Satu lagi laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke jalan raya tepi pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan kemudian ke Tasik Kenyir.
  • Laluan udara - Anda boleh terbang dengan Penerbangan Malaysia atau Air Asia. Mereka menyediakan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari  Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menaiki teksi terus ke Tasik Kenyir. 
  • Menaiki bot - Ada beberapa pengusaha bot di Jeti Gawi, yang boleh membawa anda menyusuri Tasik Kenyir menggunakan bot rumah kaca bertingkat. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan. Sesetengah agensi pelancongan menawarkan pakej lawatan.

 

1

Pulau Kapas merupakan antara pulau yang tercantik dan tekenal di Malaysia. Memiliki pasir yang putih bak kapas pualu ini telah dikenali sebagai "PULAU KAPAS". Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut perairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan utama pelancong ke pulau ini.

 

Terletak di perairan Laut Cina Selatan dan termasuk dalam daerah Marang, sebuah peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu yang mana jaraknya dari jeti Marang hanyalah 6 KM sahaja. Lokasinya juga yang berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu kira-kira 18KM juga memudahkan pelancong-pelancong dari luar untuk Pulau Kapas.

 

Pulau Kapas mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan antara keistimewaan yang terdapat di sini:-

      • Keindahan laut dengan coral dan hidupan laut yang cantik dan masih kekal terpelihara
      • Para Penyelam Skuba dapat melihat peninggalan bot-bot karam di dasar laut di sekiatar pulau
      • Pemandangan cantik dan unik di Pulau Gemia yang sangat mengagumkan

 

Antara aktiviti-aktiviti menarik di Pulau Kapas yang boleh dilakukan semasa percutian di sana:-

      • Mandi-manda
      • Snorkeling
      • Berkayak
      • Berkhemah
      • Scuba diving
      • Memancing
      • Luncur angin
      • Melihat matahari terbenam

 

 kapas5