Daerah Marang, Terengganu

 

 

Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata dunia.Asal usul nama Marang pula terdapat pelbagai versi tetapi yang paling popular dikatakan nama Marang ini berasal daripada nama seorang peniaga Cina yang masyhur suatu ketika dahulu. Peniaga ini hanya dipanggil dengan panggilan ‘Ma’ sahaja. Beliau menetap di kuala sungai dan mengusahakan hasil tangkapan laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong. Proses pengeringan hasil laut ini dilakukan secara tradisional ketika itu dengan mengeringkannya di atas pepara yang dipanggil ‘rang ‘oleh penduduk tempatan. Oleh kerana banyaknya ‘rang’ yang digunakan  lama-kelamaan perkataan ‘Ma’ dan ‘rang’ disebut menjadi serentak dan menjadi satu maka lahirlah nama Marang. Marang  juga  terkenal dengan keindahan pulau Kapas dan pulau Gemia.

 

 

Kampung Binjai Bongkok, Marang, Terengganu