BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB, CANVA.COM & RESUME

Nama  : Murni Nur Shalinie Binti Omar
Umur  : 19 tahun
Ahli  : 13 Julai 2023

 

Latar belakang

Murni Nur Shalinie merupakan pelajar lepasan Giat Mara yang ingin menambah ilmu pengetahuan asas di bidang ICT sebelum menyambung pengajian ke SKM 2. Beliau merasakan pentingnya mempunyai kemahiran menggunakan komputer sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan yang sangat minimum berkaitan Microsoft Office 2021 (Word, Excel & Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga asas ICT. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Selain itu, PEDi juga memberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi atas talian Canva untuk menyunting gambar dan juga cara menyediakan resume bagi memudahkan urusan beliau untuk memohon pekerjaan pada masa akan datang.

Stokis Minyak Urut Moden MMG

 Nama   : Normastura Binti Hasan
 Umur  : 38 tahun
 Ahli   : 15 November 2019
 Facebook     : https://www.facebook.com/normastura.hasan 
 WhatsApp

 : https://wa.me/message/BLBLTGMOKVUTP1

 

Latar belakang

Puan Normastura bermula dengan menjadi pengedar Minyak Urut Moden MMG pada akhir tahun 2016 dengan pedapatan yang diperoleh hanyalah sekitar RM200. Namun tidak lama selepas itu beliau telah mengorak Langkah untuk menjadi stokis selepas dilihat produk ini akan dapat membantu ramai orang di sekeliling. Tidak terhad kepada minyak urut sahaja kini terdapat juga keluaran produk-produk sampingan yang lain seperti mandian lemon bidara dan juga minuman koko oat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan yang diperolehi agak terhad disebabkan promosi yang dijalankan hanyalah kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang rapat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. PEDi juga mendedahkan kepada beliau kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi aplikasi Facebook Page, Instagram Business dan WhatsApp for Business yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PEDi, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih dari RM1000.

Video di sini

 Makanan Basah (Cili Boh Cap Tomato)

 Nama   : Salimah Binti Ismail
 Umur  : 40 tahun
 Ahli   : 18 Ogos 2022
 Facebook     : https://www.facebook.com/salimahbintiismail.salimah
 WhatsApp

 : https://wa.me/message/LVU7W7BT7VJCA1 

 

Latar belakang

Puan Salimah binti Ismail menjalankan perniagaan membuat cili kisar atau cili boh yang dijenamakan dengan Cili Boh Cap Tomato. Pemasaran yang dijalankan beliau terhad kepada keluarga terdekat dan juga kenalan setempat yang mengenali beliau dan keluarga beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan yang diperolehi agak berkurangan sedikit disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara kerana beliau tidak tahu cara untuk menjalankan pemasaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. PEDi juga mendedahkan kepada beliau kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi aplikasi Facebook Page, Instagram Business dan WhatsApp for Business yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PEDi, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 dan ke atas.

page

 

 

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB & CANVA.COM

Nama  : Nur Syafiqah Nabilah Binti Mohd Lazim
Umur  : 18 tahun
Ahli  : 03 Februari 2018

 

Latar belakang

Nur Syafiqah Nabilah merupakan pengguna PEDi Kg Binjai Bongkok yang sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan dan juga menghadiri program-program yang diadakan di PEDi bersama ibu saudaranya. Sebelum melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6, beliau ingin mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan betul dan menambah ilmu asas komputer agar dapat diaplikasi dengan baik pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan yang sangat minimum berkaitan Microsoft Office 2021 (Word, Excel & Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga asas ICT. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Beliau juga dapat berkenalan dengan aplikasi-aplikasi yang mesra pengguna untuk memudahkan urusan seharian seperti WhatsApp Web dan Telegram Web serta kemudahan penyuntingan gambar menggunakan aplikasi Canva.com.

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB & TELEGRAM WEB

Nama  : Nurul Sumaiyah Binti Wahab
Umur  : 18 tahun
Ahli  : 07 Mei 2012

 

Latar belakang

Nurul Sumaiyah merupakan merupakan pengguna PEDi tegar yang sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan dan juga menghadiri program-program besar yang diadakan di PEDi. Sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, beliau ingin mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan betul dan menambah ilmu asas komputer agar dapat diaplikasi dengan baik pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan yang sangat minimum berkaitan Microsoft Office 2021 (Word, Excel & Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas asas Canva.com. Turut diselitkan penerangan tentang Pengenalan Kepada Komputer. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Beliau juga dapat berkenalan dengan aplikasi-aplikasi yang mesra pengguna untuk memudahkan urusan seharian seperti WhatsApp Web dan Telegram Web serta kemudahan penyuntingan menggunakan aplikasi Canva.com.