PENCARIAN PESERTA BAGI PROGRAM PENJANAAN PENDAPATAN WANITA "WEJANA"

Kursus Keusahawanan Wanita
Kursus PERCUMA Khas buat WANITA TERENGGANU !!

*Toolkits disediakan
*Makan, minum & penginapan PERCUMA 
*Tenaga pengajar PROFESSIONAL 

Program WeJana 2023 merupakan program bimbingan kepada wanita yang ingin menjana pendapatan melalui keusahawanan dan ingin memantapkan pengetahuan untuk menjalankan perniagaan. Ia merupakan program pembangunan kapasiti yang meliputi elemen kemahiran melalui bimbingan dan latihan. Program WeJana 2023 mensasarkan wanita yang terlibat di dalam kerja penjagaan (care work).

KRITERIA PESERTA: 👩🏻‍💼👨🏻‍💼
✅ Wanita Warganegara Malaysia & bermaustatin di Negeri Terengganu
✅ Berumur 18 tahun dan ke atas
✅ Terlibat dalam aktiviti menjaga ahli keluarga seperti anak, ibubapa yang sakit, ahli keluarga yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
✅ Menjalankan perniagaan dari rumah
✅Mempunyai pengalaman berniaga bagi tempoh kurang daripada tiga (3) tahun.
✅ Komited
✅ Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah
✅ Tidak pernah diisytiharkan muflis atau disenarai hitam oleh bank
✅ Keutamaan bidang perniagaan: makanan dan minuman, perkhidmatan dan kraf kreatif
-----------------

Daftar Disini : https://docs.google.com/.../1FAIpQLScolr7rSc.../viewform

TEMPAT ADALAH TERHAD!!
-----------------
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞Puan Atie - https://www.wasap.my/60169398583/DaftarWeJana
📞 Pejabat - 09-6203341
Tarikh Akhir Permohonan : 13 Ogos 2023
Info lanjut : https://www.facebook.com/ppwn.terengganu

 WEJANA

Wanita merupakan tunggak terpenting dalam kehidupan. Selain menjadi rusuk kiri bagi seseorang lelaki, wanita turut memainkan peranan dalam mendidik anak-anak generasi akan datang. Di samping itu juga, wanita hari ini telah membuka mata dunia dengan menceburi bidang perniagaan dan ramai yang berjaya. Menyedari kepentingan tersebut, wanita di kawasan Bukit Payong mengambil inisiatif untuk ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok bagi mempelajari asas komputer, aplikasi elektronik dan media sosial. Seramai 60 orang wanita terlibat di mana mereka telah dibahagikan kepada beberapa sesi latihan dan mengambil masa selama sebulan bagi melengkapkan modul yang diajar.