KEDUDUKAN: Bangunan FAMA Kg Binjai Rendah

KETERANGAN: Juedin Frozen Terengganu dimiliki oleh salah seorang usahawan yang dibimbing oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok. Beliau telah menghasilkan produk sejuk beku yang enak dan sesuai dinikmati oelh semua lapisan masyarakat. Produk yang dihasilkan antaranya ialah ketupat palas lemak, ketupat palas serunding, ketupat palas pulut hitam dan ketupat palas jagung. Selain daripada ketupat palas, beliau juga menghasilkn produk lain seperti pulut panggang dan karipap. Kesemuanya adalah sejuk beku dan mudah untuk dimasak serta menjimatkan masa. Produk beliau juga telah berjaya merentasi pasaran Thailand.

KEDUDUKAN: Bersebelahan Kedai Cendol Parking Dalam

KETERANGAN: Dinnah Kuih Tradisional seorang usahawan yang dihasilkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok. Dinnah Kuih Tradisional menyediakan makanan dan kuih-muih tradisional pantai timur yang enak seperti tepung pelita, kuih mek comel, kuih ketayap, cekodok pisang, karipap dan pelbagai hidangan kuih-muih tradisional yang lain juga turut dijual. Dinnah Kuih Tradisional juga menggunakan teknik menjual makanan sejuk beku bagi memudahkan penduduk bandar dan luar bandar menikmati juadah kuih-muih tersebut.

Satay Ikan atau Lockching merupakan salah satu makanan yang digemari dan juga terkenal di negeri Terengganu ini terutamanya di pantai-pantai yang popular seperti Pantai Batu Buruk, Pantai Bukit Keluang, Pantai Kelulut atau singgah sahaja di mana-mana gerai berhampiran pantai anda akan dapat menikmatinya. Satay Ikan juga juga telah diperluaskan pasarannya dengan cara pembuatannya yang boleh disejuk bekukan.

Pengeluaran produk Satay Ikan Segera ini sangatlah sinonim dengan penduduk Kampung Tebakang, Marang. Produk Satay Ikan Segera Tebakang ini sangatlah mendapat sambutan hangat oleh peniaga-peniaga kecil-kecilan yang menjual di kampung-kampung terutamanya kerana kos untuk menjualnya sangatlah berbaloi dan laris serta ianya juga tidak mengandungi bahan tambahan yang merbahayakan kesihatan.

Satay Ikan Segera Tebakang ini boleh dibeli di rumah pemilik ini di Kampung Tebakang atau di kedai pengusaha tersebut di Kampung Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang. 

  

 

 

CENDOL PARKING DALAM

KEDUDUKAN: Berhadapan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok

KETERANGAN: Warung Cendol Parking Dalam menjual makanan dan minuman seperti cendol, ABC, mee goreng, keropok, ikan celup tepung dan banyak lagi menu yang lain. Menurut pemilik Cendol Parking Dalam ini cendol di warung tersebut menjadi kegemaran ramai kerana keunikan dan keenakan cendol itu sendiri yang diperbuat dengan santan kelapa sawit dan bukannya santan kelapa seperti cendol kebiasaannya. Warung tersebut juga menyediakan pisang cheese dan pisang cheese coklat yang menjadi menu tarikan ornag muda pada hari ini. Pelbagai juadah minum petang yang enak dan menyelerakan disediakan di warung Cendol Parking Dalam.