Events Calendar

Pelanjutan Tempoh Permohonan Baharu / Kemaskini BPR 2021
Monday, February 15, 2021, 08:00am
Hits : 17

Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) – yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 – kini dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021. Ini bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

 

 

Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu. Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19. Dengan adanya proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

 

 

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat. Pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021 yang lepas.

 

Sekiranya anda ingin membuat permohonan baharu / mengemaskini maklumat BPR 2021, anda boleh hadir ke Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok  atau hadir ke Pusat Internet Komuniti berhampiran.

Location Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok