USAHAWAN MAKANAN KERING (POPCORN CARAMEL)

 Nama   : Nor Azira Binti Che Musa 
 Umur  : 28 tahun
 Ahli   : 11 Januari 2022
 Facebook    : https://www.facebook.com/cik.chemusa
 Instagram  : https://www.instagram.com/azira_che_musa/ 
 WhatsApp  : www.whatsapp.my/60145074789 

 

Latar belakang

Puan Nor Azira Binti Che Musa merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mula merasakan menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT adalah sangat penting pada musim pandemik Covid-19 ini. Beliau hadir ke PEDi Kg Binjai Bongkok dan sangat berminat untuk menimba ilmu berkaitan ICT dan keusahwanan di PEDi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau serta keperluan untuk melebarkan sayap dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau sekitar RM100 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan adanya promosi perniagaan digital yang dijalankan oleh pihak PEDi Kg Binjai Bongkok beliau lebih bersedia untuk mempromosi perniagaan beliau menggunakan aplikasi e-Dagang Shopee selain daripada menggunakan Facebook dan Instagram.

 

AZIRA