USAHAWAN KETUPAT PALAS FROZEN JUEDIN

 Nama   : Siti Juriah Binti Mohamad
 Umur  : 41 tahun
 Ahli   : 19 Mac 2018
 Facebook Page    : https://www.facebook.com/juedinfrozen
 Instagram  : https://www.instagram.com/juedin_frozen_terengganu/
 WhatsApp

 : www.wasap.my/601110953219/ketupatpulutlepe 

 

Latar belakang

Puan Siti Juriah Binti Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Kak Yah sebelum ini hanyalah surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan ketupat palas sejuk beku sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan keluarga beliau secara kecil-kecilan. Namun pada awal tahun 2018, beliau telah secara serius menjalankan perniagaan Ketupat Palas Frozen sebagai pekerjaan utama beliau. Ketupat Palas beliau telah diinovasikan dari segi kandungan inti yang dipelbagaikan mengikut kesesuaian. Beliau juga telah memperkembangkan perniagaan beliau dengan menambah beberapa jenis produk sejuk beku yang baharu iaitu pulut panggang, karipap & cek mek molek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan yang diperolehi agak berkurang sedikit disebabkan pandemic Covid-19 yang melanda negara kerana beliau tidak tahu menggunakan aplikasi atas talian yang disediakan oleh pohak kerajaan kepada usahwan-usahawan tempatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. PEDi juga mendedahkan kepada beliau cara-cara membuat kertas kerja untuk mendapatkan status produk halal oleh pihak Jakim dan Rancangan Perniagaan. Beliau turut didedahkan kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi Facebook Page, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PEDi, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM7000 dan ke atas.

 

JURIAH