Stokis Minyak Urut Moden MMG

 Nama   : Normastura Binti Hasan
 Umur  : 38 tahun
 Ahli   : 15 November 2019
 Facebook     : https://www.facebook.com/normastura.hasan 
 WhatsApp

 : https://wa.me/message/BLBLTGMOKVUTP1

 

Latar belakang

Puan Normastura bermula dengan menjadi pengedar Minyak Urut Moden MMG pada akhir tahun 2016 dengan pedapatan yang diperoleh hanyalah sekitar RM200. Namun tidak lama selepas itu beliau telah mengorak Langkah untuk menjadi stokis selepas dilihat produk ini akan dapat membantu ramai orang di sekeliling. Tidak terhad kepada minyak urut sahaja kini terdapat juga keluaran produk-produk sampingan yang lain seperti mandian lemon bidara dan juga minuman koko oat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan yang diperolehi agak terhad disebabkan promosi yang dijalankan hanyalah kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang rapat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. PEDi juga mendedahkan kepada beliau kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi aplikasi Facebook Page, Instagram Business dan WhatsApp for Business yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PEDi, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih dari RM1000.

Video di sini