Nama  : Osman Jailani Bin Mohamed
Umur  : 27 tahun 
Ahli  : 8 Februari 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/honda.icon.71  

 

Latar belakang

Encik Osman Jailani memulakan penglibatan beliau di dalam perniagaan Kerepek Pisang Sira Madu ini setelah berhenti kerja. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjual produk beliau di dalam kuantiti yang sedikit yang mana dipek kecil sahaja iaitu RM2 per pek. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan milik beliau hanya diketahui oleh rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Dari segi pendapatan yang diperoleh pula kurang daripada RM500.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT teutamanya menggunakan Whatsapp dan Facebook, perniagaan yang dijalankan beliau lebih dikenali ramai dan mendapat tempahan di luar jangkaan malahan beliau juga telah menerima tempahan dari luar negara iaitu Beijing sebanyak 300 bungkus setiap bulan melalui pemborong dalam negara. Pendapatan bulanan beliau juga mencecah RM3500.00.  

Q1SSUSAHAWAN