Nama  : Muhamad Syaiful Hakimie Bin Abd Manan
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 25 Mei 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/syaiful.hakimie.5

 

Latar belakang

Encik Muhamad Syaiful Hakimie telah memulakan perniagaan beliau bersama sepupunya yang dikenali sebagai ANIJA Enterprise pada tahun 2016. Beliau menjalankan perniagaan menjual makanan kering di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan dan promosi perniagaan beliau sangat terhad kepada pengunjung Pasar Kedai Payang sahaja dan tidak dikenali ramai. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok perniagaan beliau kini lebih mudah untuk dipromosikan bukan hanya di negeri Terengganu malahan seluruh Malaysia. Beliau juag menggunakan Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi produk beliau setelah mengetahui kelebihan mempromosi  menggunakan aplikasi tersebut. Pendapatan bulanan beliau semakin meningkat kepada RM1500 – RM2000.

SYAIFUL