Nama  : Juliani Binti Jaafar
Umur  : 38 tahun 
Ahli  : 08 Julai 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/yani.rawai.7

 

Latar belakang

Puan Juliani Binti Jaafar merupakan seorang surirumah yang sentiasa berusaha menambah pendapatan sampingan keluarga beliau dengan berniaga secara kecil-kecilan dan juga secara atas talian. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan online pada awal tahun 2016 setelah mengetahui kelebihan berniaga di atas talian. Beliau juga merupakan dropship kepada beberapa produk seperti Choco Jar, Tudung dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk yang diniagakan beliau. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

SS1