USAHAWAN MAKANAN BASAH (KEK & ROTI)

Nama  : Noruljauhar Binti Ismail
Umur  : 37 tahun
Ahli  : 18 Januari 2017
Facebook  https://www.facebook.com/noruljauhar.ismail

 

Latar belakang

Puan Nuruljauhar Binti Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Puan Jauhar merupakan seorang bekas kakitangan Kem PLKN Padang Kacong. Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pada akhir tahun 2018. Produk-produk yang diniagakan dan mendapat sambutan hangat ialah Melting Cheese Cake, Creampuff, Egg Portugies Tart, Fruit Tart dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Microsoft Office dan Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk yang diniagakan. Selain daripada promosi atas talian, promosi secara pengedaran risalah dan kad perniagaan juga turut diterangkan bagi menarik pelanggan yang tidak mempunyai sosial media. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

Video di sini