PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY

Nama  : Nur Hidayati Binti Ayub
Umur  : 35 tahun
Ahli  : 20 Januari 2018
Facebook  https://www.facebook.com/sugarsweet.sugarsweet.77

 

Latar belakang

Puan Nur Hidayati Binti Ayub atau pun mesra dengan panggilan Cek Da mula menceburkan diri dalam membuat jambangan bunga coklat ini hanyalah sekadar untuk menolong kawan-kawan untuk. Namun lama kelamaan pada suku akhir 2018 timbul minat untuk menawarkan perkhidmatan ini sebagai satu langkah utntuk menjana pendapatan sampingan yang mana pada ketika itu beliau masih lagi bergelar jurulatih di PLKN Padang Kacong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada kenalan rapat dan juga komuniti setempat dan hal ini menyebabkan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Microsoft Office dan Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet seperti melalui Facebook, FB Page, Instagram dan WhatsApp. Beliau juga dibantu oleh petugas-petugas Pusat Internet mengenai cara-cara mempromosi produk di luar talian seperti m\ mengedarkan risalah dan kad perniagaan bagi menarik perhatian pelanggan Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM700.00 dan ke atas.

CHEDA