DROPSHIP MAKANAN KERING

Nama  : Dahana Binti Mat Saman
Umur  : 41 tahun
Ahli  : 12 Ogos 2016
Facebook  : https://www.facebook.com/ana.dahana.3?epa=SEARCH_BOX 7

 

Latar belakang

Puan Dahana Binti Mat Saman atau lebih mesra dengan panggilan Na merupakan seorang pembantu dapur di sebuah Pusat Tahfiz. Beliau memulakan perniagaan dengan kaedah menjadi ejen dropship untuk menambah pendapatan sampingan keluarga beliau bermula pada tahun 2014 lagi. Pada awalnya perniagaan yang dijalankan beliau hanya secara kecil-kecilan dan dijual kepada komuniti setempat yang mengenali diri beliau sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk dropship beliau. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

DAHANA