USAHAWAN MAKANAN KERING POPIA SIMPUL

Nama  : Umi Aswati Binti Omar
Umur  : 38 tahun
Ahli  : 05 Januari 2011
Facebook  : https://www.facebook.com/na.zaha.1

 

Latar belakang

Puan Umi Aswati atau lebih mesra dengan panggilan Na merupakan seorang surirumah yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pada akhir tahun 2002. Pada awalnya perniagaan yang dijalankan beliau hanya secara kecil-kecilan dan dijual kepada ahli keluarga terdekat dan komuniti setempat sahaja. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan secara atas talian iaitu menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk beliau. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM3000.00 dan ke atas.

UMIASWATI