USAHAWAN KETUPAT PALAS FROZEN

Nama  : Siti Juriah Binti Mohamad
Umur  : 38 tahun
Ahli  : 19 Mac 2018
Facebook  https://www.facebook.com/kakyah.homemade.5

 

Latar belakang

Puan Juriah Binti Mohamad sebelum ini hanyalah surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan ketupat palas sejuk beku sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan keluarga beliau secara kecil-kecilan. Namun pada awal tahun 2018, beliau telah secara serius menjalankan perniagaan Ketupat Palas Frozen sebagai pekerjaan utama beliau. Ketupat Palas beliau telah diinovasikan dari segi kandungan inti yang dipelbagaikan mengikut kesesuaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak maklumat-maklumat penting tidak dapat diperolehi dan promosi yang dijalankan beliau tidak begitu meluas dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara membuat kertas kerja untuk mendapatkan status produk halal oleh pihak Jakim dan Rancangan Perniagaan. Beliau turut didedahkan kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM5000 dan ke atas.

Video di sini