USAHAWAN ONLINE (PRODUK KECANTIKAN DEMICA)

 Nama   : Nor Artika Binti Mat Zaki
 Umur  : 21 tahun
 Ahli   : 10 Disember 2016
 Facebook   : https://www.facebook.com/artika.ieka.5

 

Latar belakang

Cik Nor Artika Binti Mat Zaki merupakan seorang pelajar UMT yang mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan produk kecantikan DEMICA pada pertengahan bulan Mac 2020 ketika PKP bermula sehinggalah sekarang tanpa mengabaikan tugasan hakiki beliau sebagai seorang pelajar IPT. Pendapatan yang diperolehi beliau hanyalah sekitar RM100 sebulan kerana perniagaan yang dijalankan terhad kepada kenalan rapat sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Ianya disebabkan kurang keyakinan dalam mempromosi produk serta kuarang mahir untuk mempromosi menggunakan media sosial seperti Instagram.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan juga menghadirkan diri di dalam kelas Latihan  Keusahawanan di Pusat Internet, beliau semakin berkeyakinan untuk memperkenalkan produk yang diniagakan dengan mempromosikan di media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram. Beliau juga telah berjaya mempunyai pelanggan-pelanggan yang setia setelah promosi giat dijalankan di media sosial. Pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat melebihi RM500 sebulan.

Video di sini