USAHAWAN TUDUNG CHIFFON VOILE BORONG & RUNCIT (IDAYAH WAMIZIR ENTERPRISE)

 Nama   : Nohaida Binti Mat Saman
 Umur  : 40 tahun
 Ahli   : 08 Julai 2018
 Facebook   : https://www.facebook.com/ida.nohaida

 

Latar belakang

Puan Nohaida Binti Mat Saman merupakan anak jati Kampung Binjai Bongkok yang mengusahakan perniagaan menjual tudung yang dikeluarkan olehnya sendiri bersama suami. Beliau memulakan perniagaan ini sekitar bulan Oktober 2017. Pendapatan bulanan yang diperolehi pada permulaannya adalah sekitar RM3000.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan komuniti setempat  sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Ianya disebabkan kesukaran dalam mempromosi kepada pihak luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan juga secara luar talian serentak iaitu dengan kesediaan suami yang menumpukan 100% pada perniagaan tudung ini yang sanggup menjual di tapak-tapak pasar malam dan paasar tani, perniagaan beliau semakin berkembang maju dan dikenali ramai orang yang bukan dari komuniti setempat. Beliau juga menghadirkan diri di dalam kelas Latihan Keusahawanan e-Dagang Shopee di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok bagi mencuba sesauatu yang baharu selain daripada menimba ilmu berniaga secara atas talian menerusi Facabook, WhatsApp dan Instagram. Pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat melebihi RM6000 sebulan.

Q3 NOHAIDAMATSAMAN