USAHAWAN AKSESORI KUNCI ONLINE DAN OFFLINE

 Nama   : Muhammad Syahid Ali Bin Md Noor
 Umur  : 32 tahun
 Ahli   : 15 Ogos 2020
 Facebook   : https://www.facebook.com/muhammadsyahid.ali

 

Latar belakang

Encik Muhammad Syahid Ali Bin Md Noor mengusahakan perniagaan menjual aksesori kunci yang dikeluarkan olehnya sendiri bersama isteri. Beliau memulakan perniagaan ini sekitar bulan Oktober 2015 dengan menjual di pasar malam. Pendapatan bulanan yang diperolehi pada permulaannya adalah sekitar RM1500.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan komuniti setempat  sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Ianya disebabkan kesukaran dalam mempromosi kepada pihak luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan juga secara luar talian serentak, perniagaan beliau semakin berkembang maju dan dikenali orang ramai yang bukan hanya dari komuniti setempat. Beliau juga menghadirkan diri di dalam kelas Latihan Keusahawanan e-Dagang Shopee di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok bagi mencuba sesuatu yang baharu selain daripada menimba ilmu berniaga secara atas talian menerusi Facabook, WhatsApp dan Instagram. Beliau juga telah berjaya menjual produk-produk yang diniagakan menerusi e-Dagang Shopee. Pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat melebihi RM3500 sebulan.

Q4 Muhammad Syahid Ali Bin Md Noor