Sukacita dimaklumkan bahawa Konvesyen Usahawan Internet Malaysia 2016 (eNTERWIP 2.0 2016) anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan berlangsung pada 1 – 2 Oktober 2016. Program eNTERWIP 2.0 adalah platform yang dibangunkan oleh pihak KWP untuk menangani jurang maklumat bagi usahawan online. Ianya dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan serta seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.

 

 

Sasaran peserta bagi program ini adalah terbahagi kepada 3 (Tiga) Kategori Utama:

 

1.1      Beginner

– Mereka yang tiada mempunyai apa-apa produk atau perkhidmatan, mahupun idea untuk berniaga tetapi berminat untuk menjana pendapatan dari perniagaan online atau golongan peniaga ’offline’ yang hendak menggunakan manfaat jaringan platform online atau peniaga online yang baru sahaja memulakan perniagaan online;

1.2       Intermediate

– Mereka yang sudah memulakan perniagaan online tetapi mahu mengembangkan perniagaan tersebut ke peringkat yang lebih baik;

1.3       Expert

– Mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan online tetapi mahu memaksimunkan lagi kejayaan mereka melalui peluang, ruang dan ’networking’ yang ada ditawarkan dalam pengisian program ini

 

Program eNTERWIP 2.0 ini turut digerakkan bersama oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), GIATMARA, MARA Wilayah Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TM, MyNIC, 11thStreet, Mudah.My, SenangPay, TV-Alhijrah serta lain-lain agensi samada terdiri dari sektor kerajaan, koporat, swasta atau persendirian.

 

Pihak MCMC merasakan konvensyen ini amat bermanfaat dan dapat memberi peluang untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan atas talian khususnya kepada usahawan-usahawan atas talian di Pusat-Pusat Internet seluruh Malaysia dan menggalakkan penyertaan dari penduduk dan juga ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok. 

    Tarikh        : 1 – 2 Oktober 2016 (Sabtu dan Ahad)

   Masa          : 10:00 pagi – 05:00 petang

   Tempat       : Putra World Trade Centre (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur 

   Tetamu Kehormat : YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor,

                                     Menteri Wilayah Persekutuan

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://enterwip.my/ent1/soalan.php