Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

 

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my. Objektif pertandingan ini ialah:

 

Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat  mengenai:

  • Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya;
  • Menggalakkan pengguna Internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih; dan
  • Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.

Menggalakkan penglibat aktif dari komuniti Pusat Internet 1Malaysia; dan

Menambah ahli berdaftar PI1M dikalangan komuniti tempatan.

Syarat-syarat penyertaan pertandingan Tidak Pasti, Jangan Kongsi