MAKLUMAN:

Permohonan online Bantuan Sesi Persekolahan 2018 untuk rakyat Terengganu akan dibuka bermula Khamis, 5 Oktober 2017.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://danattb.terengganu.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2017.

Dana Bantuan Persekolahan TTB akan diagihkan pada Disember 2017 atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Syarat-Syarat Permohonan Dana Bantuan Persekolahan 2018 seperti berikut :
1. Pemohon Suami/Isteri merupakan rakyat negeri Terengganu dan merupakan pengundi berdaftar dalam negeri Terengganu.
2. Pendapatan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM 2500.00 sebulan.
3. Permohonan adalah terhad kepada dua (2) orang tanggungan yang masih bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2018 dan berumur 7 tahun hingga 17 tahun sahaja.

BAGI YANG SUDAH MEMOHON TAHUN-TAHUN LEPAS HANYA PERLU KEMASKINI SAHAJA.

BantuanPersekolahan2017