Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif), terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). #MYkif merupakan sebuah platform untuk menggalakkan komuniti menghasilkan video dalam bentu tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan berkaitan.

 

Objektif pertandingan adalah seperti berikut:​

1.   Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital;

2.   Mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan; dan

3.   Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar.

 

Peserta dikehendaki menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Contoh kandungan adalah seperti kaedah ringkasan tugasan rumah harian, kraftangan, pertukangan, perkongsian resipi, amalan petua, penjagaan kesihatan, fesyen atau pelancongan. Video yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi 5 minit.

Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui atas talian di http://mykif.mcmc.gov.my

 

 

Tema : ILMU DIKONGSI
Tarikh Tutup Penyertaan : Fasa 1: 31 Mac 2016
Fasa 2: 31 Mei 2016
Fasa 3: 30 September 2016
Fasa 4: 30 November 2016

 

 

Untuk keterangan lanjut, anda juga boleh datang ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok dan kami sedia membantu anda.