BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, SUNTINGAN GAMBAR, PENGENALAN KEPADA INTERNET, WHATSAPP WEB & TELEGRAM WEB

Nama  : Karimah Najihah binti Ramlee
Umur  : 25 tahun
Ahli  : 11 Januari 2022

 

Latar belakang

Cik Karimah Najihah binti Ramlee merupakan seorang pembantu kedai makan yang mula merasakan pentingnya kemahiran dalam bidang ICT ini supaya dapat digunakan di dalam alam pekerjaan beliau serta dapat memperluaskan lagi skop untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Beliau hadir ke PEDi Kg Binjai Bongkok dan sangat berminat untuk menimba ilmu berkaitan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan asas namun tidak mengetahui fungsi-fungsi dan kegunaan Microsoft Office 2010 (Word, Excel dan Powerpoint) di lain-lain bidang dalam kehidupan seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga Dekstop Publishing kepada beliau. Dengan mengikuti kelas-kelas tersebut beliau tidak lagi kekok untuk menggunakan komputer dan juga perisian-perisian yang terdapat di dalamnya. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keberanian dan kefahaman beliau dalam ilmu ICT. Beliau juga merasakan ilmu ICT ini sangat mudah dipelajari dan difahami apabila melalui kaedah pembelajaran yang betul.