BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, MEMBUAT RESUME, SUNTINGAN GAMBAR, PENGENALAN KEPADA INTERNET, WHATSAPP WEB & TELEGRAM WEB

Nama  : Maisarah binti Che Musa
Umur  : 34 tahun
Ahli  : 07 Mac 2018

 

Latar belakang

Puan Maisarah Binti Che Musa merupakan seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaaan Kampungg Kedai Buluh, Kuala Terengganu. Beliau yang tinggal berhampiran dengan PEDi Kg Binjai Bongkok sentiasa berkunjung ke PEDi untuk menyiapkan tugasan kerja hakiki dan juga tugasan kerja peribadi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan asas namun tidak mengetahui fungsi-fungsi dan cara-cara untuk mengaplikasikan kegunaan Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Powerpoint dan Publisher) tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga Dekstop Publishing kepada beliau. Beliau semakin mahir dalam mengaplikasikan kegunaan perisian-perisian tersebut dan sangat memudahkan urusan harian beliau sebagai seorang guru. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung.