BELAJAR ASAS SUNTINGAN GAMBAR MENGGUNAKAN CANVA, PENGENALAN KEPADA INTERNET, WHATSAPP WEB & TELEGRAM WEB

Nama  : Muhammad Daniel Firdaus bin Mahadi
Umur  : 17 tahun
Ahli  : 26 Februari 2023

 

Latar belakang

Muhammad Daniel Firdaus merupakan salah seorang daripada pelajar SMK Padang Midin yang mengunjungi PEDi untuk mengisi waktu lapangnya semasa cuti persekolahan dengan menambah ilmu pengetahuan berkaitan kemahiran ICT agar dapat digunapakai pada sesi persekolahan baharu 2023.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan asas Microsoft Office 2010 (Word, Excel dan Powerpoint)  namun kurang pengetahuan tentang aplikasi Canva yang senang dan banyak manfaat untuk digunakan pada sesi persekolahan untuk tugasan harian sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas asas Canva.com. Turut diselitkan penerangan tentang Pengenalan Kepada Komputer. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Beliau dapat mempelajari kaedah suntingan imej yang lebih mudah dan kemas tanpa menggunakan banyak aplikasi-aplikasi tambahan lain.