BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB & CANVA.COM

Nama  : Nur Syafiqah Nabilah Binti Mohd Lazim
Umur  : 18 tahun
Ahli  : 03 Februari 2018

 

Latar belakang

Nur Syafiqah Nabilah merupakan pengguna PEDi Kg Binjai Bongkok yang sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan dan juga menghadiri program-program yang diadakan di PEDi bersama ibu saudaranya. Sebelum melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6, beliau ingin mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan betul dan menambah ilmu asas komputer agar dapat diaplikasi dengan baik pada masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan yang sangat minimum berkaitan Microsoft Office 2021 (Word, Excel & Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga asas ICT. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Beliau juga dapat berkenalan dengan aplikasi-aplikasi yang mesra pengguna untuk memudahkan urusan seharian seperti WhatsApp Web dan Telegram Web serta kemudahan penyuntingan gambar menggunakan aplikasi Canva.com.