BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB, CANVA.COM & RESUME

Nama  : Murni Nur Shalinie Binti Omar
Umur  : 19 tahun
Ahli  : 13 Julai 2023

 

Latar belakang

Murni Nur Shalinie merupakan pelajar lepasan Giat Mara yang ingin menambah ilmu pengetahuan asas di bidang ICT sebelum menyambung pengajian ke SKM 2. Beliau merasakan pentingnya mempunyai kemahiran menggunakan komputer sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan yang sangat minimum berkaitan Microsoft Office 2021 (Word, Excel & Powerpoint).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga asas ICT. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang ICT dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan beliau secara tidak langsung. Selain itu, PEDi juga memberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi atas talian Canva untuk menyunting gambar dan juga cara menyediakan resume bagi memudahkan urusan beliau untuk memohon pekerjaan pada masa akan datang.