BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWERPOINT)

Nama  : Muhammad Hasbi Haziq Bin Azlizam
Umur  : 13 tahun 
Ahli  : 20 April 2018 

 

Latar belakang

Muhammad Hasbi Haziq menghadiri kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok bersama bapa saudara dan juga sepupunya. Beliau sangat teruja untuk mempelajari Asas Microsoft Office kerana ianya merupakan keperluan untuk sesi pembelajarannya di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau dalam menyelesaikan tugasan harian sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Asas Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau sangat berkeyakinan malah beliau sangat berusaha dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang disediakan oleh Pusat Internet dalam sesi pembelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana rasa terdorong untuk meningkatkan kemahiran serta keinginan untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari oleh beliau.