BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWERPOINT), ADOBE PHOTOSHOP & ASAS KEPADA INTERNET

Nama  : Noor Fakhira Aqeela Binti Azham
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 21 Januari 2017 

 

Latar belakang

Noor Fakhira Aqeela Binti Azham atau lebih dikenali dengan Fakhira mula menambah ilmu berkaitan ICT di PI Kg Binjai Bongkok sewaktu menunggu keputusan SPM. Beliau bersama rakan-rakan sangat teruja untuk mempelajari Asas Microsoft Office kerana ianya merupakan keperluan yang sangat penting pada masa akan datang terutama sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajiannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas bagi komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau dalam menyelesaikan tugasan sekolah dan juga tugasan harian yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Asas Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin berkeyakinan malah beliau sangat berusaha dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang disediakan oleh Pusat Internet dalam sesi pembelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana rasa terdorong untuk meningkatkan kemahiran serta keinginan untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari oleh beliau. Beliau juga diperkenalkan oleh pihak PI tentang penggunaan perisian Adobe Photoshop sebagai kemahiran tambahan di bidang ICT.