BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL POWERPOINT & PUBLISHER), PENDAFTARAN EMEL GMAIL, ASAS ADOBE PHOTOSHOP & ASAS KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Ain Atikah Binti Azman
Umur  : 19 tahun 
Ahli  : 22 Julai 2014

 

Latar belakang

 Nur Ain Atikah merupakan seorang pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai dan merupakan ahli PI Kg Binjai Bongkok. Beliau sangat berusaha mempelajari cara-cara penggunaan komputer yang betul agar dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT. Beliau juga sentiasa hadir ke PI untuk menyiapkan tugasan sekolah. Selain itu, beliau merupakan ahli yang aktif dimana beliau sentiasa menyertai setiap program atau aktiviti yang diadakan di PI Kg Binjai Bongkok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas bagi komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint & Publisher), emel dan lain-lain perisian lagi dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah memandangkan pada masa kini kebanyakan tugasan yang diberikan memerlukan penggunaan kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Powerpoint & Publisher) yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir menggunakan perisian tersebut dan dapat mengaplikasikan penggunaannya di sekolah terutamanya untuk kemudahan sesi pembelajaran dan juga dalam melengkapkan setiap tugasan yang diberi. Beliau juga diberikan pendedahan oleh PI untuk meningkatkan kemahiran dalam menyunting gambar dan membuat poster menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Dengan kreativiti yang ada pada beliau, beliau berjaya memenangi pertandingan mencipta poster yang dianjurkan oleh PI Kg Binjai Bongkok.