BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE WORD 2010, WHATSAPP WEB, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Radhwa Athirah Binti Asli
Umur  : 19 tahun 
Ahli  : 21 Ogos 2015

 

Latar belakang

Radhwa Athirah Binti Asli, seorang pelajar Politeknik Hulu Terengganu yang tinggal bersama keluarganya di Kg Binjai Bongkok. Beliau sangat berusaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat didalamnya dengan  betul agar dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau di Politeknik. Beliau juga sentiasa menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir mengaplikasikan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office terutamanya Word untuk memudahkan urusan di dalam kehidupan seharian terutama dalam sesi pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office Word iaitu cara membuat Resume Infografik, Radhwa Athirah semakin yakin dan dapat mengetahui pelbagai kemudahan yang terdapat di dalam perisian Microsoft Office Word 2010. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baru dengan bimbingan petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok.