BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Athirah Bazilah Binti Muzafar
Umur  : 15 tahun 
Ahli  : 06 November 2015

 

Latar belakang

Nur Athirah Bazilah Binti Muzafar mula mengunjungi PI Kg Binjai Bongkok setelah menduduki peperiksaan UPSR. Beliau berusaha untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat di dalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan car untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat sekolah menengah terutamanya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PT3 Norma Baharu. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.