BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB, EMAIL, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Ain Fatihah Binti Mohd Bukhori
Umur  : 18 tahun 
Ahli  : 06 April 2021

 

Latar belakang

Nur Ain Fatihah Binti Mohd Bukhori mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer sebagai persediaan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat universiti. Beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dengan cara yang betul. Beliau juaga diterangkan kegunaan setiap perisian tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint, dan aplikasi atas talian  WhatsApp Web dan Telegram Web bagi memuat turun sesuatu dokumen atau imej sebelum dicetak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan Desktop Publishing yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok, beliau boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dan ianya ditonjolkan dalam menyiapkan latihan yang diberikan semasa kelas berlangsung. Beliau juga lebih faham dan jelas apa yang dipelajari serta boleh mengaplikasikan penggunaan perisian tersebut dengan baik.