BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, SUNTINGAN GAMBAR, POSTER CREATOR, VIDEO MAKER & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Syasya Basyirah Binti Mohd Shahrizal
Umur  : 12 tahun
Ahli  : 12 Ogos 2016

 

Latar belakang

Bermula dengan hanya menyertai program Hari Terbuka PEDi, adik Nur Syaysa Basyirah mula berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT terutamanya cara menggunakan perisian-perisian komputer dengan betul di PEDi dan sangat teruja untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak PEDi terutamanya apabila program tersebut melibatkan pelajar sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan Desktop Publishing yang dijalankan di PEDi Kg Binjai Bongkok, beliau boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dan ianya ditonjolkan dalam menyiapkan latihan yang diberikan semasa kelas berlangsung. Beliau juga lebih faham dan jelas apa yang dipelajari serta boleh mengaplikasikan penggunaan perisian tersebut dengan baik.