BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, SUNTINGAN GAMBAR, PENGENALAN KEPADA INTERNET & PEMASARAN ATAS TALIAN E-DAGANG SHOPEE

Nama  : Nor Azira Binti Che Musa
Umur  : 28 tahun
Ahli  : 11 Januari 2022

 

Latar belakang

Puan Nor Azira Binti Che Musa merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mula merasakan menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT adalah sangat penting pada musim pandemic Covid-19 ini. Beliau hadir ke PEDi Kg Binjai Bongkok dan sangat berminat untuk menimba ilmu berkaitan ICT di PEDi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Tidak mahir menggunakan komputer walaupun asas perisian komputer seperti Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga Dekstop Publishing kepada beliau. Dengan mengikuti kelas-kelas tersebut beliau tidak lagi kekok untuk menggunakan komputer dan juga perisian-perisian yang terdapat di dalamnya. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keberanian dan kefahaman beliau dalam ilmu ICT serta memudahkan beliau untuk menguruskan urusan harian beliau sekarang.