Persatuan Belia Setia Pakat (MAYC) mula ditubuhkan pada  24 Disember 2008 bernombor pendaftaran PPBM  1057/08. Persatuan ini amat aktif dan pelbagai aktiviti serta program dianjurkan. Setiap program yang dianjurkan mendapat sambutan yangamat baik di kalangan komuniti setempat dan agensi-agensi lain yang turut terlibat. Mendapat pengiktirafan Persatuan Belia di peringkat Negeri Terengganu dan Kebangsaan.Naib Johan Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2013 Peringkat Negeri Terengganu. Pemenang Pingat Perak Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Terengganu (Raja Mohd Sayuti bin Raja Mamat).  Persatuan ini bertujuan untuk membimbing dan mendidik para belia setempat untuk menggunakan masa lapang ke arah yang lebih baik. Persatuan ini juga sering mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran kampung. Turut menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan seperti mengadakan kutipan amal untuk membantu penduduk yang menghadapi penyakit kronik.