Untuk makluman, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ingin memperkenalkan modul E-Library yang akan dilaksanakan di Pusat Internet 1Malaysia. E-Library adalah perpustakaan dalam talian yang membolehkan pengguna untuk membaca dan meminjam buku (download) untuk 1 minggu dengan pelbagai ciri-ciri secara PERCUMA. Lebih daripada 4,000 judul buku yang terdapat di perpustakaan dalam talian, termasuk buku audio dan video.

 

Oleh itu, kami ingin menggalakkan kepada semua untuk menggunakan platform E-Library ini bagi galakkan membaca
serta mendapatkan informasi bahan bacaan dari perpustakaan secara atas talian. 
Dilampirkan juga garis panduan untuk mengakses E-Library di https://pnm.overdrive.com/ dan segala pertanyaan anda bolehlah datang ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok ataupun Pusat Internet 1Malaysia yang berdekatan.