Wanita merupakan tunggak terpenting dalam kehidupan. Selain menjadi rusuk kiri bagi seseorang lelaki, wanita turut memainkan peranan dalam mendidik anak-anak generasi akan datang. Di samping itu juga, wanita hari ini telah membuka mata dunia dengan menceburi bidang perniagaan dan ramai yang berjaya. Menyedari kepentingan tersebut, wanita di kawasan Bukit Payong mengambil inisiatif untuk ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok bagi mempelajari asas komputer, aplikasi elektronik dan media sosial. Seramai 60 orang wanita terlibat di mana mereka telah dibahagikan kepada beberapa sesi latihan dan mengambil masa selama sebulan bagi melengkapkan modul yang diajar.