Satay Ikan atau Lockching merupakan salah satu makanan yang digemari dan juga terkenal di negeri Terengganu ini terutamanya di pantai-pantai yang popular seperti Pantai Batu Buruk, Pantai Bukit Keluang, Pantai Kelulut atau singgah sahaja di mana-mana gerai berhampiran pantai anda akan dapat menikmatinya. Satay Ikan juga juga telah diperluaskan pasarannya dengan cara pembuatannya yang boleh disejuk bekukan.

Pengeluaran produk Satay Ikan Segera ini sangatlah sinonim dengan penduduk Kampung Tebakang, Marang. Produk Satay Ikan Segera Tebakang ini sangatlah mendapat sambutan hangat oleh peniaga-peniaga kecil-kecilan yang menjual di kampung-kampung terutamanya kerana kos untuk menjualnya sangatlah berbaloi dan laris serta ianya juga tidak mengandungi bahan tambahan yang merbahayakan kesihatan.

Satay Ikan Segera Tebakang ini boleh dibeli di rumah pemilik ini di Kampung Tebakang atau di kedai pengusaha tersebut di Kampung Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang.