Homemade Cakes, Pastries & Desserts

 Nama   : Noor Aina Hananie Binti Rezali
 Umur  : 24 tahun
 Ahli   : 27 Julai 2018
 Facebook     : https://www.facebook.com/aina.hananie.1
 WhatsApp  : https://www.wasap.my/60183644182 

 

Latar belakang

Puan Noor Aina Hananie merupakan seorang pemegang Diploma Seni Kulinari dari Universiti Kolej Bestari Terengganu. Beliau sentiasa mengunjungi NADI Kg Binjai Bongkok bermula pada zaman persekolahan lagi sehinggalah sekarang Beliau memulakan perniagaan setelah tamat pengajiannya yang mana sewaktu itu adalah permulaan PKP. Beliau sering mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar untuk promosi produk secara atas talian di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Promosi yang dijalankan hanyalah kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang rapat. Beliau juga merasa agak rendah diri memandangkan beliau baru menghabiskan pengajiannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. NADI juga mendedahkan kepada beliau kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi aplikasi Facebook Page, Instagram Business dan WhatsApp for Business yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan NADI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 sebulan. Beliau kini semakin berkeyakinan berdaya saing dalam membesarkan perniagaan yang dibina.

Video di sini