BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2021 (WORD, EXCEL & POWERPOINT), ENJIN CARIAN GOOGLE, WHATSAPP WEB & CANVA.COM

Nama  : Hayati Nadhirah Binti Yahaya
Umur  : 27 tahun
Ahli  : 04 Januari 2019

 

Latar belakang

Cik Hayati Nadhirah merupakan seorang belia yang kerap mengunjungi NADI untuk menggunakan perkhidmatan di NADI seperti melayari internet untuk mengisi borang secara atas talian, mencetak dokumen dan fotokopi dokumen.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Penggunaan Microsoft Office Word dan Powerpoint adalah sangat terhad manakala Microsoft Excel pula beliau tidak pernah menggunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau telah mengambil peluang untuk mempelajari Asas Microsoft Office 2021 (Word, Excel dan Powerpoint) di NADI Kg Binjai Bongkok secara teori dan juga praktikal bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan perisian tersebut. Kemahiran ini juga dapat membantu beliau untuk lebih bersedia untuk menghadiri sebarang temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Selain itu, beliau juga telah menyertai kelas Asas Aplikasi Canva bagi mempelajari kegunaan aplikasi tersebut.