Tarikh  : 22 Mei 2023
Masa   : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuat resume menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk menyediakan resume yang kemas, tersusun dan menarik menggunkan perisian Microsoft Office Word 2021. Peserta berjaya menyediakan resume yang kemas dan tersusun sebagaimana yang diterangkan oleh petugas PEDi.

Gambar di sini

Tarikh  : 06 April 2023
Masa   : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 13

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuka akaun email baharu dan menyunting poster menggunakan aplikasi Canva.com.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk mendaftar akaun email baharu, akaun Canva dan kegunaan aplikasi Canva di komputer dan telefon pintar. Peserta berjaya mempelajari dan memahami apa yang diterangkan oleh petugas berkaitan dengan cara membuat email baharu dan kemudahan serta kegunaan aplikasi Canva.

Gambar di sini

Tarikh  : 08 Mac 2023
Masa   : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuat resume yang ringkas untuk memohon pekerjaan bagi lepasan SPM.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara membuat resume menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021 serta maklumat-maklumat penting yang perlu ada di dalam resume tersebut. Peserta dapat membuat resume yang ringkas dan kemas bagi memenuhi kriteria permohonan pekerjaan.

Gambar di sini

 

Tarikh  : 08 Mac 2023
Masa   : 10.00 pagi - 1.30 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menyunting poster menggunakan aplikasi Canva.com dan mendaftar akaun penjual Shopee.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk mendaftar akaun canva dan kegunaan aplikasi canva di komputer dan telefon pintar. Setelah selesai menyunting gambar yang diperlukan, peserta diberi penerangan mengenai penggunaan dan kegunaan aplikasi Shopee serta cara mendaftar akaun Shopee sebagai penjual. Peserta berjaya mempelajari dan memahami apa yang diterangkan oleh petugas berkaitan aplikasi Canva dan Shopee.

Gambar di sini

Tarikh  : 06 Mac 2023
Masa   : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara mengemaskini maklumat yang diperlukan untuk permohonan lengkap Sumbangan Tunai Rahmah 2023 secara atas talian melalui laman sesawang yang disediakan iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta cara-cara mengemaskini dan memuatnaik kesemua maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah tersebut secara atas talian. Peserta dapat mengemaskini kesemua maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan tersebut.

Gambar di sini