Tarikh  : 08 Ogos 2023
Masa   : 10.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 2

 

RESUME

Tujuan

Mempelajari cara membuat resume yang kemas dan yang menarik minat majikan untuk mengambil kita sebagai pekerja. 

 

Aktiviti

Menghadiri kelas yang diadakan secara atas talian untuk mengetahui tips menulis resume dengan cara dan maklumat yang betul. Peserta memahami penerangan yang diberikan dengan baik dan lebih yakin untuk membuat resume yang bertepatan dengan kehendak majikan.

Tarikh  : 07 Ogos 2023
Masa   : 14.30 petang - 16.30 petang
Tempat  : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 4

 

Tujuan

Memberi pendedahan asas menyunting gambar menggunakan aplikasi atas talian Canva. 

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan pendedahan mengenai cara-cara menyunting gambar menggunakan aplikasi Canva dan kelebihan aplikasi ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Peserta dapat menyunting gambar dengan baik dan mudah menggunakan aplikasi ini.

Gambar di sini

Tarikh  : 03 Ogos 2023
Masa   : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat  : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 4

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 2021.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 2021 serta kegunaannya dalam memudahkan urusan kehidupan seharian. Peserta berjaya menyiapkan tugasan yang disediakan dengan baik dan menarik sebagaimana yang diterangkan oleh petugas PEDi.

Gambar di sini

Tarikh  : 07 Ogos 2023
Masa   : 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 4

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta cara-cara untuk menguruskan pekerja di dalam sektor IKS. 

 

Aktiviti

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan dan tips menguruskan sumber manusia di dalam sektor IKS bagi meningkatkan kesetian pekerja dan kelancaran urusan seharian sesebuah perusahaan yang dijalankan. Peserta seronok menimba ilmu pengetahuan yang baharu dan berharap dapat menggunakan ilmu tersebut pada masa depan.

Gambar di sini

Tarikh  : 02 Ogos 2023
Masa   : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 2

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menaikkan engagement & followers di media sosial bagi meningkatkan jualan di platform marketplace.

 

Aktiviti

Menghadiri kelas yang diadakan secara atas talian bagi mempelajari teknik untuk menaikkan engagement dan followers di media sosial bagi meningkatkan jualan dan promosi perniagaan. Peserta dapat menimba pelbagai ilmu dan teknik yang terkini untuk meningkatkan engagement dan followers di media sosial.

ENGAGEMENT