Tarikh  : 12 Julai 2023
Masa   : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 3

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menjana pendapatan fleksibel bersama aplikasi Kiddocare. 

 

Aktiviti

Menghadiri kelas yang diadakan secara atas talian untuk mendapat pendedahan cara-cara menjana pendapatan fleksibel menerusi kemudahan aplikasi Kiddocare iaitu perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Peserta memahami dan terdedah dengan cara menjana pendapatan.

KIDDOCARE

Tarikh  : 12 Julai 2023
Masa   : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menjadi petani moden dengan mengaplikasikan smart farming untuk meningkatkan pendapatan.

 

Aktiviti

Menghadiri kelas yang diadakan secara atas talian bagi mendapatkan pendedahan mengenai smart farming bagi meningkatkan penghasilan produk dan juga penghasilan pendapatan yang lumayan. Peserta dapat menceduk ilmu yang baharu berkaitan pertanian.

Smart Farming

Tarikh  : 17 & 18 Jun 2023
Masa   : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 3

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office 2021 (Word & Excel).

 

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office 2021 (Word & Excel) serta kegunaannya dalam memudahkan urusan kehidupan seharian. Peserta berjaya menyiapkan tugasan yang disediakan dengan baik dan menarik sebagaimana yang diterangkan oleh petugas PEDi.

Gambar di sini

Tarikh  : 11 Julai 2023
Masa   : 11.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 2

 

Tujuan

Mempelajari cara membuat resume yang kemas dan yang menarik minat majikan untuk mengambil kita sebagai pekerja.

 

Aktiviti

Menghadiri kelas yang diadakan secara atas talian untuk mengetahui tips menulis resume dengan cara dan maklumat yang betul. Peserta memahami penerangan yang diberikan dengan baik dan lebih yakin untuk membuat resume yang bertepatan dengan kehendak majikan.

Resume

Tarikh  : 11 Jun 2023
Masa   : 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 3

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara untuk mengemaskini permohonan menyambung pengajian selepas SPM di UPU online.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk mengemaskini maklumat dan permohonan UPU secara atas talian yang bersesuaian dengan keputusan SPM yang diperolehi. Peserta berjaya mengemaskini kesemua maklumat yang diperlukan dan menghantar permohonan tersebut dengan baik.

Gambar di sini