Tarikh  : 26 Februari 2023
Masa   : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat  : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 6

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menyunting poster menggunakan aplikasi Canva.com.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk mendaftar akaun canva dan kegunaan aplikasi canva di komputer dan telefon pintar. Peserta dapat menyelesaikan tugasan dengan baik sebagaimana yang diterangkan.

Gambar di sini

Tarikh  : 22 Februari 2023
Masa   : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuat kad kahwin menggunakan aplikasi atas talian Canva.com.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk menggunakan aplikasi Canva.com dan cara  menyediakan kad kahwin. Peserta dapat memahami dengan baik penerangan yang diberikan oleh petugas PEDi dan berjaya menyiapkan kad kahwin dengan baik.

Gambar di sini

Tarikh  : 08 Januari 2023
Masa   : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021 dengan cara yang betul dan mudah dalam menyiapkan kertas kerja yang diperlukan. Peserta dapat memahami dengan baik penerangan yang diberikan oleh petugas PEDi dan berjaya menyiapkan kertas kerja dengan baik.

Gambar di sini

Tarikh  : 11 Januari 2023
Masa   : 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021 dengan cara yang betul dan cara menyediakan surat rasmi format terkini. Peserta dapat memahami dengan baik penerangan yang diberikan oleh petugas PEDi dan berjaya membuat surat rasmi dengan mengikut format yang betul.

Gambar di sini

Tarikh  : 29 Disember 2022
Masa   : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara untuk memasarkan produk secara atas talian menggunakan aplikasi Shopee.

 

Aktiviti

Memberi penerangan tentang cara-cara membuka kedai di aplikasi Shopee, memuatnaik produk dan cara berkongsi pautan kedai beliau di aplikasi WhatsApp, Facebook dan Telegram bagi tujuan promosi. Peserta berjaya memuatnaik gambar produk dan memasukkan butiran produk dengan baik di kedai Shopee beliau.

Gambar di sini