Tarikh  : 23 September 2023
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membina dan menggerakkan kereta elektrik.

 

Aktiviti

Mempelajari cara-cara membina kereta elektrik menggunakan peralatan yang disediakan dan jugak teknik penyambungan wayar kepada motor yang disediakan untuk menggerakkan kereta tersebut. PEDi dapat meningkatan minat dan kreativiti peserta untuk beraktiviti dalam Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

Video di sini

Tarikh  : 15 September 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menyediakan resume menggunakan aplikasi atas talian Canva.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara menyediakan resume dengan format terkini menggunakan aplikasi atas talian Canva. Peserta dapat menyiapkan resume yang diperlukan dengan baik.

Gambar di sini

Tarikh  :  02 September 2023
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuat carian lokasi menggunakan Google Maps secara atas talian.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara membuat carian lokasi yang dikehendaki menggunakan Google Maps dan juga cara screenshot lokasi terbabit menggunkan Snipping Tools. Peserta berjaya mencari lokasi yang dikehendaki dengan baik sebagiamana yang diterangkan oleh petugas PEDi.

Gambar di sini

Tarikh  : 04 September 2023
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara menyediakan surat rasmi menggunakan perisian Microsoft Office Word 2021.

 

Aktiviti

Memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara membuat surat rasmi dengan format yang betul mengguankan perisian Microsoft Office Word 2021. Peserta berjaya menyediakan surat rasmi dengan baik menggunakan perisian tersebut.

Gambar di sini

Tarikh  : 09 Ogos 2023
Masa   : 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta  : 2

 

Smart Farming

Tujuan

Mempelajari cara-cara menjadi petani moden dengan mengaplikasikan smart farming untuk meningkatkan pendapatan. 

 

Aktiviti

Menghadiri kelas yang diadakan secara atas talian bagi mendapatkan pendedahan mengenai smart farming bagi meningkatkan penghasilan produk dan juga penghasilan pendapatan yang lumayan. Peserta dapat menimba ilmu yang baharu berkaitan pertanian moden.