Untuk makluman komuniti setempat, Dana Persekolahan 2019 telah dibuka untuk permohonan baharu atau mengemaskini semula maklumat sedia ada bermula pada 01 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018 di http://idana.terengganu.gov.my/. Sehubungan itu, semua ibu bapa boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan mereka di dalam tempoh waktu tersebut atau hadir ke PEDi Kg Binjai Bongkok untuk urusan tersebut.

DANAPAKAIANSEKOLAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk makluman dan perhatian adik-adik lepasan STPM 2017, anda telah boleh mula menyemak keputusan UPU anda secara online di laman web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/index.php. Anda juga boleh ke Pusat Internet Kg Binjai Bongkok untuk menyemak dan membuat rayuan sekiranya perlu.

UPUSTPM2018

Untuk makluman, status kelulusan Dana Raya 2018 telah boleh disemak di laman web http://idana.terengganu.gov.my. Sekiranya anda ingin menyemak di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, sila bawa bersama salinan kad pengenalan pemohon jika ingin menyemak bagi pihak ahli keluarga bagi memudahkan proses semakan.

idana

Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:

No.

Tajuk Subtema

Tarikh Pertandingan

1

#MyCuisine

Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018);

2

#MyDestination

Mac hingga April

3

#MyCulture

Mei hingga Jun

4

#MyShopping

Julai hingga Ogos

5

#MyHeritage

September hingga Oktober

6

#MyFamilyFun

November hingga Disember